Like this blog....^__^

Friday, October 14, 2011

AKUAKULTUR

APA ITU AKUAKULTUR

Fail:Delta Pride Catfish farm harvest.<span class=

SINOPSIS

Tinjauan mengenai sejarah dan perkembangan bidang akuakultur.Beza antara amalan-amalan akuakultur.Prinsip-prinsip biologi dan ekonomi dalam akuakultur.Keperluan air serta kualiti fizikal-kimia air. Kultur makanan hidup.Biologi pembiakan dan teknik pembiakbaik ikan dan udang -pembiakan semulajadi dan aruhan.Sistem penapisan yang biasa digunakan di pusat penetasan dan semaian.Penyediaan dan pengurusan kolam induk, semaian dan pengeluaran. Pnghasilan,Pembukusan dan pengangkutan benih ikan.

DEFINASI

Akuakultur ialah proses menternak spesies hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangk

umi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air.

Antara spesis yang boleh dijalankan akuakultur ialah ikan Tilapia,Keli, Baung, Patin, Temoleh, Jelawat, Lampam, Karp, Haruan, Udang Galahdan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan Kerapu, Siakap, Jenahak, Udang Harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.Ternakan sumber-sumber organisma semulajadi air.

Sebagai satu kegiatan menusia yang menggunakan daya dan usaha/tenaga buruhnya untuk membaiki pengeluaran organisma-organisma yang berguna di dalam air. Ini melibatkan faktor-faktor tumbesaran, kematian dan pembiakan organisma tersebut.

Merujuk kepada aktiviti ekonomi, memelihara ,menternak organisma-organisma akuatik di mana dijalankan oleh orang perseorangan , orang berkumpulan untuk meningkatkan daya penghasilan sumber-sumber asli perikanan.

MATLAMAT AKUAKULTUR

· Untuk membantu pembangunan industri akuakultur bagi mempertingkatkan pengeluaran ikan negara.

· Meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasan-kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan,kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium.

· Melahirkan berkemahiran dan produktif d

alam membuat pembenihan, pembiakan, pemeliharaan dan pengeluaran ternakan akuakultur.

OBJEKTIF

§ Memperkenal dan memajukan industri akuakultur.

§ Menggalakkan pembangunan industri akuakultur secara teratur dan berterusan serta perlaksanaannya ke tahap komersial dan sebagai satu perniagaan/punca pendapatan yang lumayan kepada penternak.

§ Mewujudkan kesedaran dan kepentingan memperbaiki teknologi bagi meningkatkan pengeluaran akuakultur di dalam kawasan projek.

§ Memaju serta menyampaikan teknik-teknik ternakan ikan yang terbaru untuk diamalkan oleh penternak-penternak di dalam usaha meningkatkan pengeluaran.

§ Menambah sumber ikan dan bekalan protein negara di samping mengurangkan pergantungan kepada import ikan.

§ Pengetahuan asas kepada sejarah, prinsip dan teknik-teknik dalam akuakultur

§ Memahami aspek-aspek biologi dan ekonomi dalam industri akuakultur

§ Pendedahan terhadap tek

nik pengurusan kolam, kaedah pembiakan dan teknik pendederan larva serta juvenil organisma yang diternak

KEPENTINGAN INDUSTRI AKUAKULTUR

Ø Menghasilkan sumber protein. Pada masa ini harga daging adalah mahal, jadi pilihan beralih kepada ikan.

Ø Memberi peluang pekerjaan secara langsung kepada penduduk sesebuah negara terutamanya negara yang sedang membangun.

Ø Memberi punca pendapatan secara tidak langsung iaitu dengan cara perkembangan industri seperti pemprosesan ikan,peti sejuk,pemprosesan makanan ikan, pembinaan kapal dan lain-lain.

Ø Menambah sumber makanan kepada penduduk dunia yang kian meningkat dengan pesatnya.

Ø Meningkatkan pendapatan dan hasil negara dengan cara mengimport dan menambahkan pertukaran wang asing.

Ø Dapat menjimatkan penggunaan tanah di mana kolam udang/ikan tidaklah seluas jika dibandingkan dengan ternakan lembu yang menggunakan tanah yang lebih luas.

Ø Untuk menggantikan sumber ikan semulajadi yang semakin berkurangan, negara Jepun telah pun mengamalkan ‘sea farming’.

Ø Untuk negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang- sebagai bekalan tambahan apabila musim tengkujuh kerana nelayan tidak dapat turun ke laut. Oleh itu, bekalan ikan diperolehi daripada akuakultur.

Ø Menggunakan sumber-sumber perairan akuatik yang luas di mana ianya selama ini tidak produktif untuk pengeluaran makanan.

Ø Persepaduan dengan aktiviti pertanian


STATUS SEKARANG

Penghasilan ternakan pada tahun 2000: 18,277 metrik tan bernilai RM95.30 juta.

Menyumbang 36% daripada pengeluaran ikan air tawar atau 10.9% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran akuakultur negara.

KESIHATAN IKAN

Taiwan Prawn culture

Sudden Decline – Mass Mortality

1987 – 80,000 t

1988 – 50,000 t

1989 – 25,000 t

PUNCA-PUNCA PENYAKIT

1. Parasit

i) Ektoparasit

ii) Endoparasit

2. Kulat

3. Bakteria

4. Virus

5. Punca-punca lain seperti faktor genetik dan faktor-faktor sekitaran

CARA PENYEBAB PENYAKIT OLEH PATOGEN

1) CARA PENYAKIT PRIMER

- Berlaku bila ikan saling bertindak patogen buat kali pertama

- Berlaku dalam proses pengawinan Ikan

2) CARA PENYAKIT SEKUNDER

- Oleh Faktor-faktor tekanan

(a) Suhu

(b) Mutu air

(c) Kimia

(d) Pengendalian ikan

PENYAKIT-PENYAKIT OLEH EKTOPARASIT

Ektoparasit - kumpulan parasit utama.

Penyakit merebak dengan cepat

Kematian melebihi 50%

Kumpulan jenis-jenis ektoparasit:

(a) Protozoa

(b) Monogenetik trematode

(c) Krustasea

Jenis-jenis penyakit:

(a) Chilodonelliasis/Brooklynellias

(b) Bintik putih

(c) Trichodiniasis dll.

PENYAKIT-PENYAKIT OLEH ENDOPARASIT

Tdk menimbulkan masalah di M’sia

Jenis2 kumpulan :

(a) Digenetik Trematoda

(b) Nematoda: Cacing Gelang

(c) Cestoda: Cacing Peta

PENYAKIT OLEH KULAT / BAKTERIA

/ VIRUS

Penyakit oleh kulat b’laku slps ikan m’alami sesuatu tekanan e.g Saprolegniasis

Penyakit oleh bakteria/virus juga b’laku slps ikan mengalami sesuatu tekanan.

Kematian adalah tinggi dan serentak.

PENGAWALAN PENYAKIT IKAN

- Langkah-langkah pengawalan:

1) Ciri-ciri kolam

2) Sumber dan mutu air

3) Pengawalan Patogen

4) Pembajaan kolam

5) Pengurusan kolam/tang

ki/sangkar

6) Makanan ikan

7) Pengangkutan ikan

CARA MEMBUAT DIAGNOSA PENYAKIT IKAN

Ikan masih hidup dan ada tanda penyakit

Sekurang-kurangnya 5-10 ekor ikan

Semasa kajian ikan disimpan dalam air

Kaji insang, lendir dan tand-tanda klinikal

Ambil lendir dari insang, sirip dan badan

Lihat dibawah mikroskop 40X

Kaji Faktor-faktor persekitaran lain.

CARA MENGHANTAR IKAN UNTUK DIAGNOSA

Menghantar ikan hidup yang sakit

Tidak jauh dari tempat berlaku penyakit

Perlu air dari kolam

tidak mengandungi ubat untuk rawat

Sertakan butir penyakit dan lain-lain

Menghantar ikan yang telah diaw

etkan

10% formalin.

Data sampel ikan yang berpenyakit

Jenis ikan

Nama penternak dan alamat

Anggaran umur ikan

Kematian ikan tinggi/rendah

Makanan yang diberi

Tempat dimana ikan didapati

Perubahan dari segi kelakuan dan tabiat ikan

Lain-lain seperti mutu air jika ada




niela serba sedikit mengenai akua...n niela last asgiment aq akua...hehe

menenagkan lgi dgn melihat foto2 di bwh ye.. have fun















ternakan akua di pusat sampling UMT setiu, Kuala Terengganu




jenis-jenis ikan sampling...


No comments: